
Tanggal 10/10/10 pasti meninggalkan memori indah kepada pasangan pengantin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pasangannya, Dr. Halina Mohd Yunos.
Tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi beribu-ribu pasangan di Malaysia. 10.10.10. Rasanya ramai sungguh pasangan yang bakal bergelar pengantin pada hari ini. Paling gah sudah semestinya perkahwinan angkasawan negara kita, Sheikh Muzsaphar dan Dr. Halina. Rasanya wedding mereka berdua bakal menjadi wedding of the year.
Pada tarikh inilah mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.
Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, pasangan yang menjalin cinta selama lapan tahun ini telah diijabkabulkan pada pagi kelmarin. Ramai yang telah menjadi saksi kepada majlis bersejarah ini memandangkan Sheikh Muszaphar menjemput rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan hari bahagianya itu.

Kehangatan majlis perkahwinan pasangan popular ini berterusan pada majlis persandingan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada sebelah malamnya. Bertemakan Pahlawan Melayu di Istana Kayangan, majlis persandingan ini dihadiri lebih 1000 orang tetamu yang terdiri daripada golongan Diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, sahabat-handai dan juga 80 orang angkasawan dari seluruh dunia.

Jika anda menyaksikan majlis persandingan ini secara langsung di saluran TV3 pada jam 9.00 malam kelmarin pasti anda dapat melihat sendiri kemeriahan majlis ini. Namun, hanya mereka yang berada di dalam dewan yang dapat memberi gambaran sebenar.
Pengantin lelaki dan wanita tampil menawan menggayakan persalinan putih rekaan Putra dari Butik Cosry. Dr. Halina menyarungkan kebaya berlatarkan rona perak yang diperincikan dengan butiran batu permata warna biru muda. Manakala Datuk Sheikh Muszaphar pula mengenakan Baju Melayu yang dipadankan dengan kot, samping, tanjak dan bengkung. Kain untuk persalinan ini adalah tajaan Jackel. Sementara kain songket pula ditaja oleh Habibah Songket.
lg layan picca2 pre wedding meraka..
kredit to
KhairulHazwan.
uihh hensemnye...







cantik gambar2 mereka..
mulalah i berangan2 nk amik picca2 camni..
tp syioklah kalo org yg nk berkahwin..
yg dah kawin nih, harus lah bwk ank same skali ye..
(^,^)
4 org yg beramah mesra dgnku..:
zai,memang pun..teringin pulak nak ambil gambar macam tukan...hehe...
so sweet kannn
doktor halina sgt cantik dluar berbanding dlm pic..sweet giler!!
mmg hensem..tp bila becakap, alahaiii..kurang macho la suara..lebih kpd ayu gitu..heheheh..
Post a Comment